Hi! Welcome Back and Stay Tune! KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Osman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Osman

KLANG – Kementerian Kesihatan akan memanggil doktor daripada sebuah kinik swasta yang dilaporkan merawat mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang disahkan meninggal dunia akibat didera, dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya akan memanggil doktor berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berikutan kegagalan doktor itu melaporkan kecederaan yang dialami Zulfarhan Osman kepada pihak polis.

“Kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Biasanya jika pesakit itu mengalami kecederaan berpunca daripada kemalangan atau yang dipercayai mempunyai unsur jenayah, doktor dan pihak hospital perlu melaporkan perkara itu terus kepada polis.

Jika tidak dilaporkan itu adalah salah, kerana ia merupakan tanggungjawab dan amalan yang seharusnya dilakukan oleh doktor yang merawat pesakit berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan memanggil doktor berkenaan dilakukan berdasarkan etika profesional yang diguna pakai Kementerian Kesihatan.

“Tindakan doktor itu yang tidak melaporkan kes jenayah seperti ini boleh dipersoalkan… bagaimanapun kes ini tetap di bawah seliaan dan siasatan pihak polis,” katanya.

Zulfarhan Osman, 21, yang merupakan Pegawai Kadet Laut di universiti itu meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun lepas dengan kesan lebam dan melecur di badan.

Mangsa sebelum itu dipercayai menerima rawatan sebanyak dua kali di klinik swasta berkenaan dan difahamkan doktor yang merawat mangsa tidak mengarahkan mangsa segera dihantar ke hospital walaupun menyedari keadaan mangsa parah.

Sementara itu, Dr Subramaniam, yang juga Presiden MIC, berkata kerajaan akan mewujudkan pendidikan prasekolah di 530 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), seluruh negara, sebagai memenuhi keperluan pendidikan awal anak-anak kaum India di negara ini.

“Prasekolah ini akan diwujudkan secara berperingkat. Untuk permulaan 50 prasekolah akan diadakan di SJKT, pada tahun ini. Bilangan itu akan bertambah dengan 50 lagi prasekolah pada tahun hadapan dan begitu juga (50 prasekolah) untuk tahun seterusnya,” katanya.

Beliau berharap inisitaf itu akan menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan awal, sekali gus mengekang masalah keciciran pembelajaran dalam kalangan anak-anak kaum India. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJuoQX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.