Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada ‘Kebimbangan Malam’ Lagi Di Kampung Serambi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada ‘Kebimbangan Malam’ Lagi Di Kampung Serambi

PEKAN – Berkunjung ke Kampung Serambi di sini pada waktu malam boleh menjadi suatu perjalanan yang sukar, kerana keadaan jalannya yang agak sempit dan gelap ekoran ketiadaan lampu jalan.

Mereka yang tidak biasa dengan keadaan persekitarannya sudah pasti akan berasa lega apabila sesekali melintasi rumah yang di hadapan jalan sebelum kembali melalui jalan yang gelap.

Bagaimanapun, sejak Jumaat lalu, beberapa laluan ke kampung yang terletak kira-kira 45 kilometer dari bandar Pekan itu mula ‘bercahaya’, apabila jalan itu menjadi sebahagian daripada ‘penerima’ projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) negeri Pahang.

Anak jati Kampung Serambi Rajemah Osman , 39, mengakui beliau teruja apabila melihat lori-lori milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) memasuki kampung itu untuk memulakan kerja-kerja pemasangan lampu jalan kampung itu.

“Dahulu agak bimbang juga jika perlu keluar pada waktu malam. Walaupun sebagai anak tempatan, saya biasa dengan jalan kampung ini, tapi bimbang dengan pemandu luar yang pertama kali ke sini kerana kebanyakan mereka suka memandu laju disebabkan jalan kampung ini lurus.

“Tapi kerisauan utama sudah pasti jika mereka terlanggar haiwan seperti babi hutan atau ternakan penduduk terutamanya lembu yang merayau pada waktu malam,” katanya kepada Bernama.

Rajemah ditemui pada kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke kampung itu, selepas merasmikan LJK8 Negeri Pahang yang melibatkan pemasangan 7,770 unit lampu di semua daerah negeri ini dengan peruntukkan sebanyak RM6.62 juta di Felda Chini 1, semalam.

Beliau berkata, pemasangan lampu jalan berhampiran Masjid As-Sakinah kampung itu juga tepat, kerana masjid itu bukan hanya digunakan penduduk kampung, tetapi juga diimarahkan penduduk kampung sekitar.

Sekurang-kurangnya lebih mudah untuk orang sekitar ke masjid. Masjid ini terletak di hadapan jalan utama kampung… sekarang lebih mudah untuk mereka yang melalui jalan ini melihat penunggang motosikal keluar masuk dari masjid,” katanya.

Beliau menambah sebagai ibu tunggal, pemasangan lampu jalan itu juga memudahkan ‘tugasnya’ jika berlaku kecemasan pada waktu malam yang memerlukannya keluar ke sesuatu tempat.

Bagi pesara polis Nazeri Yaakob, 59, beliau mengalu-alukan pemasangan lampu jalan itu dan menyifatkannya sebagai ‘tepat pada masanya’ supaya kampung itu tidak ketinggalan dari sudut pembangunan dengan kampung-kampung lain.

Katanya, selain aspek keselamatan, lampu berkenaan juga memudahkan penduduk kampung untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan pada waktu malam, memandangkan lokasi pemasangannya berhampiran masjid.

Sebelum ini pernah berlaku kemalangan penduduk kampung melanggar babi hutan semasa menunggang motosikal pada waktu malam…dengan adanya lampu jalan, kejadian seperti ini boleh dikurangkan.

“Bagaimanapun, saya berharap kerajaan dan TNB dapat mempertimbangkan untuk memasang lampu jalan di kawasan lain seperti balai raya, yang juga lokasi tumpuan penduduk,” katanya.

Bagi suri rumah Sheryzam Sheri Zamari, 30, pemasangan lampu jalan itu amat penting kerana memudahkan mereka untuk melihat penunggang motosikal terutamanya mereka yang menunggang motosikal sambil memegang lampu suluh ‘sebagai ganti’ kepada lampu motosikal yang rosak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Pulau Manis Mohd Ismail Zulkifli berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar yang terletak dalam Parlimen Pekan, berkata sebanyak 242 lampu jalan akan dipasang di sekitar DUN itu.

Bagi Anggota Dewan Undangan Negeri Bebar Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata lampu jalan itu adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan aspek keselamatan penduduk kampung.

“Ibu bapa sudah pasti tidak lagi risau jika anak-anak mereka perlu ke sekolah pada awal pagi atau pulang agak lewat jika mempunyai aktiviti di sekolah. Risiko kemalangan juga boleh dikurangkan apabila ada lampu jalan.

“Paling utama, penduduk tidak perlu gusar kerana lampu jalan ini adalah kemudahan percuma kepada rakyat daripada kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sev9Fe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.