Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pendakwah Kontrak JAIS Didakwa Salahguna Kuasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pendakwah Kontrak JAIS Didakwa Salahguna Kuasa



SHAH ALAM - Seorang pendakwah kontrak di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan pemberian projek pembekalan bernilai RM10,000 pada tahun lalu.

Tertuduh, Hairul Nizan Mhd. Ideris, 36, yang masih bertugas di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai seorang pegawai dakwah di PAID daerah Hulu Langat menggunakan jawatannya untuk mengambil apa-apa tindakan iaitu mengemukakan permohonan dan syor bagi pembekalan oleh syarikat Prisma Jaya Kini Resources milik abang kandungnya bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Langat yang berjumlah RM10,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di PAID daerah Hulu Langat pada 1 Februari 2016.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes pada 4 September depan. - UTUSAN ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uptieF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.