Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gigabyte Melancarkan Dua Komputer Ultra Kompak Brix Dilengkapi GeForce GTX 1080 Dan 1070 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gigabyte Melancarkan Dua Komputer Ultra Kompak Brix Dilengkapi GeForce GTX 1080 Dan 1070

Selama berdekad lamanya komputer desktop mempunyai saiz yang besar. Ini ialah kerana saiz komponen yang besar dan keperluan sistem aliran udara yang baik untuk tujuan penyejukan. Sejak kebelakangan ini sistem desktop kompak menjadi semakin popular bagi memudahkan ia diletakkan di ruang tamu dan menjadikannya lebih mudah alih. Dua komputer ultra kompak baru Brix dilancarkan oleh Gigabyte dan dilengkapi pilihan kad grafik GeForce GTX 1080 ataupun 1070.

Dengan saiz 276 x 384 x 128 mm, ia mempunyai saiz setanding dengan konsol. Sungguhpun begitu ia masih dilengkapi komponen yang menyokong resolusi 4K. Pemproses Intel Core i7-6700K dipadankan dengan RAM sebesar 16/32 Gigabyte DDR4, storan SSD 250 Gigabyte, storan HDD 1 Terabyte dan kad grafik Nvidia Geforce GTX 1080/1070 8 Gigabyte. Terdapat sistem sirip pada bahagian atas yang terbuka secara automatik apabila aliran udara diperlukan. Buat masa ini harga dan tarikh jualan masih belum diumumkan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ifmYlB

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.