Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bangkai Ikan Dayung Petanda Gempa Bumi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bangkai Ikan Dayung Petanda Gempa Bumi

Spread the love

MANILA – Beberapa bangkai ikan dayung gergasi yang digelar ‘perutusan dari laut’ terdampar di tepi pantai di Filipina beberapa hari lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku gempa bumi di negara itu.

Haiwan aneh itu yang biasanya hidup kira-kira 900 meter di dalam laut.

Ramai penduduk tempatan dan sejumlah saintis percaya ikan yang juga dikenali sebagai ‘ular laut’ itu dihanyutkan ke tepi pantai oleh arus kuat sebelum gempa bumi.

Ada beberapa kejadian seperti itu berlaku sebelum ini.

Bangkai seekor ikan itu ditemui di pantai di Agusan del Norte di Filipina beberapa hari sebelum gempa bumi melanda Mindanao 11 Februari lalu.

Lima lagi bangkai ikan dayung ditemui di kawasan pantai beberapa hari selepas gempa 6.3 magnitud itu.

Lapan orang terbunuh dan 200 cedera dalam kejadian itu, sekali gus mencetuskan perbahasan di media sosial mengenai kaitan antara haiwan berkenaan dengan bencana alam itu.

Bangkai ikan dayung terbaru ditemui Sabtu lalu di pantai di bandar Cagayan de Oro, sepanjang 4.57 meter.

Pakar seismologi di Jepun menggelar ikan dayung sebagai ‘Perutusan dari Istana Tuhan Laut’ dan percaya ia tanda gempa bumi akan berlaku, menurut National Geographic. – Agensi/myMetro Online

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mgBFcR

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.