Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bastia dihukum kerana hina Balotelli - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bastia dihukum kerana hina Balotelli

PENYERANG Nice, Mario Balotelli. – Foto AFP

PARIS: Kelab Ligue 1 Perancis, Bastia dihukum berikutan kesalahan perkauman yang disasarkan terhadap penyerang Nice, Mario Balotelli ketika kedua-duanya berentap, bulan lalu.

Suruhanjaya disiplin liga Perancis memotong satu mata Bastia, penggantungan dan mengarahkan kelab itu untuk menutup kawasan tempat duduk di bahagian timur stadium mereka bagi tiga perlawanan di laman sendiri.

Ia susulan tindakan sebahagian penyokong kelab itu yang membuat bunyi seperti monyet ketika aksi bertemu Nice sebelum ini yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

“Jadi adakah perkauman bukan satu kesalahan di Perancis? Atau hanya di Bastia? Bola sepak adalah sukan yang menakjubkan, orang seperti penyokong Bastian menjadikannya sesuatu yang dahsyat! Amat memalukan,” kata Balotelli dalam laman sosial Instagram miliknya selepas aksi 21 Januari lalu di Corsica.

Bastia pada mulanya berkata mereka “terkejut” dengan dakwaan pemain dari Itali itu sebelum mengakui “beberapa” peminat mereka melakukan serangan perkauman terhadap penyerang itu. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kSsRtC

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.