Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Pemain Real Sertai Shanghai SIPG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Pemain Real Sertai Shanghai SIPG


class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

PEMAIN Portugal, Ricardo Carvalho diapit pemain Brazil Oscar (depan kiri), Hulk (depan kanan) pada sidang media di Shanghai, China. – Foto Reuters

LONDON: Bekas pertahanan Real Madrid dan Chelsea, Ricardo Carvalho menyertai kelab Liga Super China, Shanghai SIPG menerusi perpindahan percuma, kata agensi berita China, Xinhua menerusi laporannya, semalam.

Pemain berusia 38 tahun dari Portugal itu tidak memiliki kelab sejak Ogos tahun lalu selepas dilepaskan kelab Ligue 1 Perancis, Monaco.

Kelab kaya raya China itu baru-baru ini melakukan pembelian berprofil tinggi dengan Carvalho menjadi pemain import kelima Shanghai selain bintang Brazil, Oscar, Hulk dan Elkeson selain kapten Uzbekistan, Odil Ahmedov.

Bimbang dengan jumlah wang yang dibelanjakan bagi mendapatkan pemain import dari sudut penebusan kontrak dan gaji, Persatuan Bola Sepak China bulan lalu mengehadkan kelab dengan hanya membenarkan tiga pemain import diturunkan dalam satu perlawanan.

“Jika seorang daripada empat pemain import kami mengalami kecederaan, Carvalho akan mendapat peluangnya,” kata Presiden Shanghai, Chen Xuyuan memetik laporan Xinhua.

“Sebagai satu daripada pertahanan terbaik di dunia, pengalamannya penting dalam membantu pemain muda.”

Carvalho berada dalam skuad Portugal yang menjulang kejuaraan Euro 2016 dan memenangi gelaran Liga Juara-Juara pada 2004 bersama Porto.

Selain itu, dia memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, tiga Piala FA dan dua Piala Liga bersama Chelsea selain satu gelaran La Liga dan Piala Raja-Raja Sepanyol bersama Real. – REUTERS





Sumber : ☕ Siakapkeli

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.