Hi! Welcome Back and Stay Tune! Caption Untuk macOS Memudahkan Anda Mencari Sarikata Untuk Sebarang Siri-TV Atau Filem - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Caption Untuk macOS Memudahkan Anda Mencari Sarikata Untuk Sebarang Siri-TV Atau Filem

Bagi anda yang sering menontong siri-TV atau filem pada komputer, mungkin ada kalanya anda inginkan sokongan sarikata untuk memahami dengan lebih mudah perkataan yang disebutkan pelakon. Untuk tujuan berkenaan, pengguna boleh ke laman seperti Subscene dan memuat-turun ia secara manual.

Tetapi, sekiranya anda inginkan langkah yang lebih mudah, salah satu perisian yang boleh membantu anda adalah Caption.

Caption merupakan sebuah aplikasi desktop yang khusus untuk pengguna macOS. Melaluinya, anda dengan mudah boleh membuat carian sesuatu filem atau siri-TV, dan memuat-turun sarikata melaluinya.

Caption

Pengguna juga dengan mudah boleh tarik-dan-lepas sesuatu fail video terus ke dalam Caption, dan ia akan membuat carian secara automatik. Perkara ini lebih memudahkan proses pencarian sarikata yang dioptimasikan khusus untuk fail video anda.

Bagi anda yang menggunakan macOS, anda boleh memuat-turun Caption hari ini, dan mencubanya dalam mendapatkan sarikata untuk siri-TV atau filem anda dengan lebih mudah lagi.

Muat-Turun Caption untuk macOS






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2lDx9Rw

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.