Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dipecat Kerana Rupa Parasnya Terlalu Cantik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dipecat Kerana Rupa Parasnya Terlalu Cantik

Di London, seorang wanita Britain mendakwa dia kehilangan kerja di sebuah syarikat perfileman di sini gara-gara terlalu cantik.

Wanita itu, Emma Hulse berkata kepada portal Mirror, dia bekerja sebagai penghantar barangan di syarikat UNIT TV di Soho tetapi dipecat serta-merta selepas beberapa bulan bertugas.

Menurut wanita berusia 24 tahun itu, pengurusnya mempersoalkan kenapa dia tidak menjadi seorang model atau penyambut tetamu.

“Saya amat kecewa kerana diberhentikan kerja. Saya tidak tahu apa yang patut dilakukan.

“Mungkin syarikat itu hanya mahu mengambil pekerja yang bermuka biasa berbanding saya yang terlalu menarik perhatian,” katanya.

Ujar Emma lagi, dia berpakaian sopan ketika datang bekerja dan tidak timbul isu dia terlalu seksi.

Malah dakwanya, pengurusnya itu turut meminta nombor telefonnya dan cuba mengajaknya keluar.

Sementara itu, pemilik syarikat berkenaan berkata, kes tersebut merupakan satu diskriminasi dan dipandang serius.

“Saya tidak dimaklumkan dengan jelas situasi yang berlaku ke atas Emma Hulse dan tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu.

“Saya memohon maaf kepadanya jika dia berasa kurang senang dengan sikap staf syarikat ini,” katanya.

SUMBER

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lG3KcZ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.