Faiz Subri Terima Pingat Daripada Sultan Kedah
Spread the love
ALOR SETAR – Pemenang gol tercantik Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri hari ini menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Mohd Faiz menerima pingat itu pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sesi kelapan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.
Beliau merupakan antara 164 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89.
Pemain Pulau Pinang berusia 30 tahun itu mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu pada 9 Jan lepas menerusi jaringan ajaib semasa perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Feb tahun lepas. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment