Fathia Nafi Bakal Kahwin VIP, Masih Trauma Putus Cinta
Spread the love
SERING dihimpit nasib malang dalam percintaan, bintang jelita, Fathia Latiff sensasi di portal hiburan tempatan mengatakan dia bakal berkahwin dengan individu berketurunan diraja.
Pun begitu, gosip panas itu dinafikan sendiri oleh Fathia dan menjelaskan bahawa dia masih trauma untuk menjalinkan hubungan cinta kerana sering gagal dalam perhubungan itu.
“Bukan sekali saya kecewa kerana cinta. Situasi itu sudah pun saya lalui dua tiga kali sejak dari dulu. Bertahun-tahun bercinta tetapi akhirnya tidak kemana jua. Jadi sekarang saya membuat keputusan, biarlah saya sendirian duhulu buat sementara waktu ini,” katanya kepada Harian Metro.
Fathia bersama Baim Wong
Meskipun berstatus solo, pelakon Ariana Rose ini bersyukur kerana ada insan-insan disekelilingi yang sentiasa menyerikan hidupnya.
Manakala hal berkaitan jodoh pula, Fathia menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Yang Maha Esa.
“Soal jodoh saya serahkan sepenuhnya kepada rezeki ditetapkan dan buat sementara waktu saya bersyukur kerana ada keluarga dan rakan rapat di sisi yang sentiasa membuatkan hari-hari dilalui terisi dan tidak pernah berasa sunyi,” jelasnya.
Selepas putus cinta dengan Aiman Hakim sekitar penghujung tahun 2015, dramatis ini kemudiannya pernah dikaitkan menjalin hubungan bersama pelakon Indonesia iaitu Baim Wong, namun ia segera disangkal olehnya. – MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment