Gelagat Cibulkova Hidu Bola Tarik Perhatian
DOHA: Perbuatan pemain nombor lima dunia, Dominika Cibulkova menghidu bola tenis sebelum melakukan servis yang dianggap satu kepercayaan olehnya pada Terbuka Qatar, semalam menarik perhatian ramai.
Walaupun pernah bercakap mengenai kepercayaannya itu sebelum ini, bintang Slovakia berkenaan mendedahkan dia mempunyai bola kegemaran untuk dihidu – Terbuka AS Wilson.
“Ia sesuatu yang dilakukan saya sejak kecil lagi,” katanya kepada pemberita selepas kemenangan tiga set ke atas pemain Russia Anastasia Pavlyuchenkova 7-5, 2-6, 6-2.
“Ia menjadi satu kepercayaan buat saya, dan juga kebiasaan,” katanya sambil melirikkan senyuman.
“Ia tidak lebih daripada itu, ia menjadi sebahagian daripada saya, sebahagian daripada permainan dan apa yang dilakukan saya dalam gelanggang.”
Ditanya sama ada bola itu mempunyai bau yang harum, Cibulkova membalas: “Wilson sangat OK. Bola Terbuka AS Wilson antara yang terbaik.” – AFP
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>






Post a Comment