Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gelandangan Ditemui Kelaparan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gelandangan Ditemui Kelaparan

Spread the love

KUALA LUMPUR – Simpati terhadap nasib gelandangan yang ditemui kelaparan menyebabkan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertindak segera menghulurkan bantuan kecemasan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang semalam, lelaki berusia 50-an itu ditemui merayau di Jalan Kuching, di sini oleh anggota APM.

Pegawai Pasukan APM Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, sepasukan anggota APM dalam perjalanan pulang ke ibu pejabat ditahan anggota polis di laluan berkenaan.

“Anggota APM sebelum itu yang bertugas di PWTC memberhentikan kenderaan sebelum dimaklumkan penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak terurus.

“Anggota polis bimbang berlaku kemalangan sekiranya lelaki gelandangan itu melintas jalan,” katanya.

Menurutnya, anggota APM kemudian membuat pemeriksaan sebelum mendapati lelaki itu mempunyai masalah kesihatan.

“Anggota APM kemudian memberikan rawatan awal terhadap lelaki yang ditemui lemah dan kurus kering berikutan sudah beberapa hari tidak makan,” katanya.

Shahrul Kamar berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. – myMetro Online

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mgKjYG

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.