Gol Sendiri Selamatkan PKNS
KUALA TERENGGANU: Jaringan lewat PKNS FC hasil gol sendiri pemain T-Team menghampakan tuan rumah untuk meraih tiga mata penuh selepas terikat 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.
T-Team mendahului seawal minit ke-9 berpunca daripada bola hantaran Muhammad Fakhrurazi Musa yang ditanduk Mamadou Samassa sebelum diterjemahkan dengan gol pembukaan oleh penyerang import kelahiran Uzbekistan, Farhod Tadjiev.
Tersentak dengan gol awal itu, skuad PKNS FC bimbingan E Elavarasan melakukan beberapa percubaan berbahaya dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-16, namun pertahanan The Titans ampuh bertahan menyelamatkan keadaan.
Pada minit ke-34 dan 39, pelawat berpeluang menyamakan kedudukan tetapi bola percubaan Bobby Gonzales hanya singgah di palang gol sebelum diselamatkan penjaga gol, Muhammad Izzuddin Mohamat Hussin.
Seminit selepas itu, tiang sekali lagi menjadi penyelamat T-Team tatkala sepakan Matias Nicolas Hadwa sudah pun menewaskan Muhammad Izzuddin.
Kesilapan penjaga gol PKNS FC, Muhammad Zamir Selamat yang gagal menangkap kemas hantaran lintang Mohd Nor Hakim Hassan disambar Farhod yang mudah menolak masuk untuk gol kedua T-Team pada minit ke-45.
Bersambung babak kedua, skuad jolokan Semut Merah membawa masuk penyerang kebangsaan, Safee Sali untuk mempertajamkan jentera serangan.
PKNS berjaya memecah kebuntuan jaringan apabila pemain gantian, Mohd Khairul Ramadhan Mohd Zauwawi berjaya membolosi gawang tuan rumah selepas menyambut hantaran Nicolas Hadwa pada minit ke-78.
Pada minit ke-90, lontaran jauh Nicolas Hadwa ke dalam kawasan kotak penalti tertampan ke kaki Samassa sebelum menerjah ke gawang sendiri sekali gus menghadiahkan jaringan untuk PKNS pulang dengan satu mata berharga dari gelanggang lawan.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lVJMLZ✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment