Huaweo Watch 2 Tertiris – Hadir Dalam Tiga Warna, Sokongan Selular
Huawei dijangka memperkenalkan jam tangan pintar terbaru Huawei Watch 2 pada acara Mobile World Congress 2017, dan seperti kebiasaan, kini gambar untuk jam tangan pintar berkenaan tertiris ke arena internet.
Dikongsikan oleh @evleaks, Huawei Watch 2 dilihat akan hadir dalam tiga pilihan warna, iaitu hitam, jingga dan juga kelabu. Ia akan menggunakan sistem operasi Android Wear 2.0 – membolehkan pengguna untuk menggunakan jam tangan pintar ini bersama-sama sebarang peranti Android ataupun iPhone.
Melengkapkan jam tangan pintar ini juga adalah sokongan selular. Pengguna boleh memasukkan kad-SIM bersaiz nano, dan menggunakan jam tangan pintar ini secara bebas tanpa memerlukan sebarang telefon pintar.
✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment