Hi! Welcome Back and Stay Tune! Joseph sedia rebut posisi tengah Tok Gajah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Joseph sedia rebut posisi tengah Tok Gajah

Joseph Kalang Tie. – Foto Goh Thean Howe

KUANTAN: Pemain Pahang, Joseph Kalang Tie akan berusaha meyakinkan kembali pengendali skuad itu, Dollah Salleh untuk menyenaraikannya dalam kesebelasan utama.

Biarpun perebutan posisi tengah skuad itu sengit, pemain kelahiran Miri, Sarawak yang pernah beraksi untuk Terengganu berkenaan tidak akan berputus asa untuk merebut tempat dalam skuad utama.

“Kami ada ramai pemain berkualiti musim ini dan saya akui perlu yakinkan jurulatih untuk menyenaraikan saya dalam kesebelasan utama.

“Perebutan ini adalah sesuatu yang sihat kerana semua pemain berpeluang untuk beraksi asalkan mereka menunjukkan komitmen lebih daripada 100 peratus.

“Saya akan berusaha mempertingkatkan lagi keupayaan diri supaya terpilih disenaraikan pada aksi akan datang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Musim ini, Dollah mempertaruhkan gandingan Kiko Insa, Ahmad Syamim Yahya, Mohamadou Sumareh, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria serta Ashari Samsudin untuk mengemudi jentera tengah skuad Tok Gajah.

Mengulas kejayaan menghadiahkan satu gol ketika Pahang membelasah Pulau Pinang 6-1 Sabtu lalu, Joseph berkata, sebagai pemain gantian, dia berterima kasih di atas kepercayaan diberikan Dollah untuk membantu pasukan meraih tiga mata.

“Walaupun beraksi sebagai pemain gantian, saya berpuas hati kerana diberi diberikan kepercayaan. Sudah pasti peluang itu digunakan sepenuhnya untuk membalas penghargaan yang diberikan,” katanya.

Sabtu lalu, Joseph yang menggantikan Ahmad Syamim menjaringkan gol ketiga dan percaya kemenangan itu dapat memberikan suntikan semangat kepada skuad Tok Gajah yang bakal bertemu Melaka United (MU) FC, Sabtu ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2BVMC

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.