Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak 2 tahun maut dalam mesin basuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak 2 tahun maut dalam mesin basuh

SAO PAULO, BRAZIL – Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 10 bulan ditemui maut dalam mesin basuh, lapor Debate News. 
Dalam kejadian pagi 18 Februari lalu di Jardim Planalto, Santa Cruz do Rio Pardo, Jaimerson Cardoso Dias Junior, 2, sebelum itu dilaporkan hilang oleh ibunya, Mariane Cristina. 
Polis kemudian melancarkan gerakan mencari mangsa sekitar jam 10.40 pagi bersama dengan beberapa jiran yang lain di kawasan perumahan tersebut, namun gagal menemui mangsa. 
Polis kemudian memeriksa rumah keluarga mangsa dan akhirnya menemui mangsa di dalam mesin basuh di sebalik pakaian dan buih cucian. 
Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke tempat kejadian namun sudah terlambat kerana mangsa telah meninggal dunia akibat lemas. 
Berdasarkan siasatan polis, mangsa dipercayai memanjat kerusi di sebelah mesin basuh yang sedang berfungsi dan membuka penutup mesin untuk bermain air. Malangnya mangsa terjatuh ke dalam mesin tersebut lalu mengakibatkannya lemas. 
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

[embedded content]

Polis juga telah mengambil keterangan dari Mariane dan nenek mangsa, Susinei Sueli Lopes. Bagaimanapun pihak polis belum pasti sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu mangsa di atas kecuaian tersebut. – The Reporter


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mtLnpg

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.