Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kim Jong-Nam Mati Dalam Masa 15 Hingga 20 Minit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kim Jong-Nam Mati Dalam Masa 15 Hingga 20 Minit

Spread the love

KUALA LUMPUR – Laporan autopsi ke atas Kim Jong-nam menunjukkan abang kepada pemimpin Korea Utara itu Kim Jong-un meninggal dunia dalam masa 15 hingga 20 minit selepas diserang menggunakan agen saraf, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Dua wanita dilaporkan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka mengandungi cecair beracun yang dikenal pasti sebagai ajen saraf VX, yang dikategorikan sebagai senjata kimia.

“Dosnya sangat tinggi … ia memberi kesan kepada jantung, paru-paru, dan menyerang segala-galanya. Ia hanya memerlukan 10 miligrammes (VX) untuk diserap ke dalam sistem (untuk menyebabkan kematian),” katanya kepada pemberita selepas satu majlis di sini semalam.

Laporan awal yang disediakan oleh Jabatan Kimia berkata VX dikesan susulan analisis ke atas calitan yang diambil daripada muka dan mata Jong-nam.

Dr Subramaniam berkata laporan autopsi itu akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jong-nam, dilaporkan menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb apabila dia diserang.

Beliau segera dibawa ke Hospital Putrajaya Hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanan. Jong-nam tiba di Malaysia pada 6 Feb dan menggunakan pasport tertera nama, Kim Chol.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata beliau telah mengarahkan kakitangan perubatan yang menguruskan kes Jong-nam supaya menjalani pemeriksaan perubatan.

Beliau berkata, setakat ini mereka tidak menunjukkan apa-apa tanda mengalami masalah perubatan.

Bagaimanapun, beliau berkata, kesan akibat terdedah kepada bahan itu mungkin dapat dilihat kemudian jika sejumlah kecil bahan itu digunakan.

“Justeru, kita perlu memantau keadaan mereka selama dua atau tiga minggu,” kata beliau. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mkJiPo

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.