Hi! Welcome Back and Stay Tune! New York sudah belanja AS$24 juta untuk lindungi Trump Tower - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

New York sudah belanja AS$24 juta untuk lindungi Trump Tower

NEW YORK: Bandar Raya New York membelanjakan kira-kira AS$24 juta (RM107 juta) untuk kos kawalan keselamatan di Trump Tower, iaitu kediaman pencakar lamngit milik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Manhattan.

Reuters yang memetik Pesuruhjaya Polis New York melaporkan, kos harian kira-kira AS$308,000 (RM1.37 juta) itu dikira sejak permulaan hari mengundi sehingga hari beliau mengangkat sumpah.

Pendedahan itu membuatkan Kongres diminta membayar semula kos yang digunakan bagi melindungi kediaman peribadi Trump di Fifth Avenue tersebut, yang juga menjadi tempat tinggal pilihan isteri dan anak mereka.

“Kami sedang meminta pihak Persekutuan membayar penuh semua kos berkaitan kawalan keselamatan untuk Presiden Trump dan keluarganya di Trump Tower,” kata jurucakap bagi Datuk Bandar Bill de Blasio,Freddi Goldstein.

Pesuruhjaya Polis New York James O’Neill dalam satu kenyataan berkata, jabatan polis kini mempunyai dua peranan iaitu melindungi keluarga Trump serta bekhidmat untuk masyarakat.

“Trump Tower kini menjadi sasaran bagi pihak yang mahu melakukan serangan keganasan di AS, sekali gus menambahkan komitmen sumber anti-keganasan kita yang sudahpun terhad,” ujar O’Neill.

De Blasio pada Disember lalu pernah meminta pembayaran semula kos AS$35 juta (RM156 juta)yang digunakan untuk menjaga keselamatan pencakar langit setinggi 58 tingkat itu.

Selain kawalan polis, pihak Jabatan Bomba New York pula membelanjakan AS$1.7 juta  (RM7.6 juta) sewaktu Trump berada di New York.

Jika hanya Melania dan anak mereka, Barron, berada di Manhattan, kos kawalan keselamatan harian berkurangan sedikit namun masih dalam lingkungan AS$145,000 (RM645,000). Namun, angka itu meningkat kepada asal jika Trump kembali.

Trump masih belum kembali ke Manhattan sejak mengangkat sumpah sebagai Presiden.

Ahli Kongres New York, Carolyn Maloney, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pembayar cukai di bandar raya itu tidak sepatutnya dipaksa untuk menanggung kos ‘tanggungjawab keselamatan negara’ selain menegaskan bahawa ‘Kongres perlu pastikan pembayaran semula kepada pembayar cukai’.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lxGk7a

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.