PDRM tekad balas dendam jumpa Perlis
Jurulatih pasukan PDRM, Mohd Fauzi Pilus. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan
MELAKA: Kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur (KL) minggu lalu menjadi suntikan motivasi terbaik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdepan Perlis pada aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, di sini malam esok.
Ketua Jurulatih PDRM, Mohd Fauzi Pilus menyedari skuad Singa Utara itu pastinya mahu bangkit dari kedudukan tercorot liga dan sehubungan itu, dia menjangkakan pelawat akan mencuba sebaiknya untuk mencipta kejutan di tempat lawan.
Namun Fauzi mahukan anak buahnya supaya menggunakan kelebihan dan mengambil kesempatan aksi di gelanggang sendiri untuk mengutip tiga mata dengan menjadikan kejayaan menewaskan The City Boys sebagai pemangkin mendapatkan sentuhan terbaik.
“Apa yang pasti kekalahan di tangan Perlis pada aksi pusingan kedua Piala FA masih menghantui kami selepas mereka menjaringkan gol pada jaringan minit akhir lawan di Kangar.
“Jadi, saya mahu kesilapan sama tidak berulang. Hanya kemenangan saja mampu mengubat kekecewaan tersingkir di saingan Piala FA. Pemain mesti fokus sepenuhnya sepanjang 90 minit permainan,” katanya.
Setakat ini, The Cops mengumpul enam mata hasil daripada dua kemenangan dan tewas tiga kali untuk berada di tangga kelapan liga dan dilihat masih berada di kedudukan zon kurang meyakinkan untuk mengintai peluang layak ke Liga Super musim depan.
Mohd Fauzi mahukan anak buahnya merantai barisan depan pelawat dan pada masa sama mengharapkan barisan penggempur PDR bijak mencipta jaringan kemenangan.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lxCV8f✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment