Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelawaan kunjungan Donald Trump ke UK cetus bantahan di depan Parlimen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelawaan kunjungan Donald Trump ke UK cetus bantahan di depan Parlimen

LONDON: Beratus-ratus orang berkumpul di luar Parlimen United Kingdom untuk memprotes pelawaan lawatan negara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Walau bagaimanapun, lawatan tersebut akan diteruskan walaupun dikritik keras ahli Parlimen UK selain berdepan bantahan serta petisyen.

Menurut petisyen atas talian, lawatan tersebut hanya akan mengundang malu kepada Ratu Elizabeth II.

“Saya berpendapat, dengan mengalu-alukan kunjungan itu secara tidak langsung kita menerima sesetengah pandangannya, yang saya sifatkan sebagai jelik.

“Dia sering memberi kenyataan rasis, polisi yang memisahkan dan saya rasa kita harus menentangnya. Kita perlu teguh dengan nilai-nilai kita, iaitu bukan nilai negatif yang dia uar-uarkan,” ujar penunjuk perasaan bernama Melanie dari Swansea, Wales.

Sementara itu dari sudut lain, ahli Parlimen UK melihat ini sebagai peluang untuk UK membantu mengarahkan polisi Trump ke arah yang sepatutnya.

“Sebenarnya, adalah signifikan untuk membawanya ke arah polisi yang tidak bersifat ‘merosakkan’. Adakah anda fikir lebih penting untuk mengecam dan menolaknya, berbanding melakukan apa yang dilakukan perdana menteri (Theresa May)?

“Berbeza daripada apa yang dijangkakan, kita perlu memimpinnya ke arah kebenaran,” ujar seorang ahli Parlimen Konservatif.

Protes diadakan untuk membantah lawatan tersebut yang diklasifikasikan sebagai lawatan negara dan bukan lawatan rasmi.

Lawatan negara adalah atas jemputan Ratu Elizabeth dan hanya dua presiden AS yang pernah dijemput sebelum ini iaitu George W. Bush dan Barack Obama.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lFRdGt

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.