Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Tahan 2 Lelaki, Rampas Pelbagai Jenis Rokok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Tahan 2 Lelaki, Rampas Pelbagai Jenis Rokok

Spread the love

KUNAK – Polis menahan dua lelaki dan merampas 10,140 bungkusan rokok tanpa cukai pelbagai jenama bernilai RM35,000 dalam operasi di Kampung Kadazan, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata kedua-dua lelaki berusia 25 dan 67 tahun itu ditahan bersama rokok berkenaan dalam serbuan kira-kira pukul 2.45 pagi di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu.

“Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan kita menemukan 10,140 rokok pelbagai jenama iaitu Surya 4,940 bungkus, Premium (4,600) dan LA sebanyak 600 bungkus,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kedua-dua lelaki dan rampasan rokok itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohd Nasaruddin berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kunak menahan seorang lelaki dan merampas dadah dipercayai syabu seberat 33.2 gram di Simpang Jalan Ladang Tingkayu, Kunak malam tadi.

“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota JSJN telah menahan seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal di kawasan berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam.

“Setelah memperkenalkan diri sebagai polis, lelaki berkenaan cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan. Hasil pemeriksaan, polis menemukan satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM2,500,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek berusia 31 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen sah dan hasil ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kTknxp

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.