Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Tab S3 Diumumkan – Snapdragon 820 & Memfokuskan Multimedia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Tab S3 Diumumkan – Snapdragon 820 & Memfokuskan Multimedia

Telah menjadi kebiasaan Samsung untuk mengadakan acara sehari lebih awal dari mulanya Mobile World Congress di Barcelona. Sekiranya pada tahun-tahun terdahulu mereka mengumumkan siri Galaxy S, pada tahun ini mereka mengumumkan siri terbaru Tab mereka iaitu Samsung Galaxy Tab S3 yang menjalankan Android Nougat.

Dari segi rekaan, Galaxy Tab S3 hadir dengan paparan skrin Super AMOLED 9.7-inci dengan resolusi 2048 x 1536. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 820 serta 4GB RAM. Permukaan belakangnya dibuat dari kaca.

Sebagai tablet yang memfokuskan penggunaan multimedia, Samsung Galaxy Tab S3 turut dilengkapi empat pembesar suara yang telah ditentukur oleh AKG bagi menghasilkan kualiti bunyi yang lebih baik. Pembesar suaranya juga boleh mengetahui bagaimana peranti tersebut diposisikan, sekaligus boleh memberikan bunyi yang tepat berdasarkan kedudukan peranti. Selain itu untuk tempoh penggunaan yang lama,

Bagi menonton video, ia turut menyokong HDR, serta Vulkan API untuk membuatkan permainan beroperasi dengan lancar. Baterinya pula mempunyai kapasiti sebesar 6,000 mAh untuk penggunaan yang lebih lama. Pada kapasiti sebegini, ia boleh beroperasi sehingga 15 jam.

Dari segi storan, ia mempunyai kapasiti storan 32GB yang boleh ditambah menerusi kad SD-Mikro sehingga 256GB. Kamera utamanya pula mempunyai sensor pengimejan 13 MP manakala 5MP untuk kamera hadapan.

Turut disertakan bersama-sama Galaxy Tab S3 adalah S Pen yang mempunyai kehalusan 0.7mm. Samsung juga turut mengumumkan pena digital ini yang bakal hadir dengan kerjasama Steadler, yang popular dengan penselnya.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai harganya dan juga mengenai tarikh kesediaannya. Kami akan membawakan pandang pertama peranti ini selepas ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lJz1uO



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.