Svitolina leburkan impian Kerber
ELINA Svitolina dan Angelique Kerber. – Foto The Indian Express
DUBAI: Angelique Kerber memerlukan rawatan ke atas kecederaan lutut yang dialaminya selepas tewas di separuh akhir Kejohanan Tenis Dubai, semalam.
Ia dengan sendirinya meleburkan impiannya merebut semula takhta nombor satu dunia.
Pemain Jerman itu tunduk 6-3, 7-6 (7/3) kepada Elina Svitolina sebelum mendedahkan beliau bergelut dengan masalah lutut sepanjang mengharungi perlawanan berkenaan.
Kerber kini berdepan dengan kebimbangan dengan tahap kecergasan menjelang Indian Wells yang bakal bermula kurang dua minggu lagi di California.
“Saya tidak memikirkan mengenainya. Saya tahu apa rasanya untuk menjadi pemain nombor satu dan sudah pasti saya akan cuba dapatkan semula,” kata pemain 29 tahun itu.
“Paling penting bagi saya adalah untuk tampil lebih sihat dan jika saya bermain secara konsisten pada masa akan datang, kita akan lihat apa yang akan berlaku.
“Saya tidak akan lihat kepada status nombor satu sehingga saya benar-benar sudah berada di situ.”
Ia kekalahan ketiga buat juara dua Grand Slam 2016 di tangan Svitolina, yang juga pemain nombor 13 dunia dari Ukraine.
“Ia bukan hari yang terbaik buat saya tetapi saya akan cuba lupakan perlawanan ini secepat mungkin. Saya akan ambil perkara positif daripada kejohanan ini,” kata Kerber. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mmDgL8✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment