Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tinggal Dua Minggu Praktikal, Siswa Ditikam Di Ladang Sawit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tinggal Dua Minggu Praktikal, Siswa Ditikam Di Ladang Sawit

Polis berkata mangsa merupakan siswa di sebuah universiti di Jasin, Melaka dan dijangka menamatkan latihan amali selama tiga bulan pada 6 Mac depan. ― Foto ihsan Facebook/Oh! MediaJOHOR BARU, 21 Feb ― Seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan amali di Ladang Teluk Sengat, Kota Tinggi, ditemui mati dengan kesan tikaman di ladang terbabit, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata mayat Muhammad Azim Nazri Samsuddin, 21, ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah, kira-kira pukul 6 petang oleh beberapa pekerja ladang sawit terbabit.

“Beberapa pekerja ladang mencari Muhammad Azim Nazri di sekitar ladang kira-kira pukul 4.50 petang semalam selepas didapati tidak pulang dari meronda ladang sawit itu.

“Sebelum itu, Muhammad Azim Nazri ada meminjam sebuah motosikal milik seorang pekerja ladang kira-kira 11 pagi untuk melakukan rondaan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata hasil siasatan mendapati lokasi kejadian adalah laluan jalan ladang menuju ke Pekan Teluk Sengat dan jarak lokasi mayat Muhammad Azim Nazri ditemui adalah kira-kira 300 meter dari jalan ke Pekan Teluk Sengat.

Beliau berkata mayat Muhammad Azim Nazri ditemui dalam keadaan terbaring berpakaian kemeja T berkolar biru dan ada tulisan bersulam dengan nama ‘Nazri’ selain berseluar jean biru dan berkasut getah warna hitam.

Katanya polis tidak menemui dokumen peribadi pada mayatnya dan pemeriksaan pada belakang badannya menemui satu kesan tikaman selebar tiga sentimeter.

“Polis turut menemui sebilah pisau berhampiran mangsa dan motosikal milik rakannya yang digunakan untuk ke tempat kejadian,” katanya.

Menurut Rahmat, polis sudah menghubungi keluarga Muhammad Azim Nazri yang tinggal di Rawang, Selangor dan sedang menyiasat motif kejadian.

Beliau berkata, Muhammad Azim Nazri yang mengambil jurusan perladangan di sebuah universiti tempatan di Jasin, Melaka menjalani latihan amali selama tiga bulan di ladang tersebut yang dijangka tamat pada 6 Mac depan.

Mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. ― Bernama

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lriIRo

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.