Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ulama PAS Nafi Kenyataan Ada Kaitan Dengan Pembelian Audi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ulama PAS Nafi Kenyataan Ada Kaitan Dengan Pembelian Audi

Spread the love

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini berhubung kemampuan seseorang untuk membeli mana-mana kenderaan dibuat secara umum.

Jelas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu, sesiapa sahaja sama ada kaya atau miskin mempunyai hak untuk membeli mana-mana kenderaan yang mereka mahu termasuk lori atau kapal terbang selagi berkemampuan.

“Saya hanya membuat kenyataan umum, bahawa seseorang itu boleh membeli apa sahaja yang mereka mahu. Tetapi saya tidak bercakap mengenai diri saya.

“Sebagai contoh, seseorang itu hanya mampu membeli basikal dan seorang lagi mampu untuk membeli sebuah Kancil (kereta),” katanya ketika dihubungi.

Media sosial sebelum ini kecoh selepas seorang pengguna Facebook yang dipercayai adalah isterinya iaitu Datin Norhayati Abd Malek memuat naik gambar sebuah kereta Audi Q7 dengan menyatakan bahawa ia adalah “hadiah” daripada suaminya.

Walau bagaimanapun, Khairuddin berkata kenyataan beliau sebelum ini tidak ada kena mengena dengan pembelian tersebut.

“Saya tidak pernah menyatakan kos kereta itu dan kenyataan saya tidak ada kena mengena dengannya,” katanya. – mStar Online

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mdmRvt

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.