Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video detik Kim Jong-Nam diserang 2 suspek utama di KLIA 2 didedahkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video detik Kim Jong-Nam diserang 2 suspek utama di KLIA 2 didedahkan

SEPANG, SELANGOR – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan abang tiri Kim Jong-Un dibunuh dua wanita di KLIA2 didedahkan.
Kim Jong-Nam dilihat baru tiba di KLIA 2 dengan memakai jaket dan membawa begnya sedang melihat flight departure boards dengan penumpang lain. 
Kim yang telah bersedia untuk terbang ke Macau kemudian menuju ke arah mesin tiket dan dihampiri dua suspek wanita berkenaan. 

[embedded content]

Wanita yang memakai baju LOL menghampiri mangsa dari belakang dan menyasarkan muka dan kemudian menyembur semburan beracun serta kelihatan berlaku sedikit pergelutan. 
Beberapa penumpang yang berdiri berhampiran dilihat tidak menyedari kejadian itu berlaku. Kedua-dua suspek kemudian segera menghilangkan diri. 
Kim kemudian mencari kakitangan KLIA2 untuk meminta bantuan dan mengadu mengenai insiden tersebut. Kim menceritakan semula bagaimana kejadian itu berlaku dan ada seseorang menyembur sesuatu ke mukanya sebelum menjelaskan insiden itu kepada pihak keselamatan. 
Kim kemudian dibawa ke klinik KLIA 2. 
Dalam gambar yang tersebar di media sosial hujung minggu lalu, Kim kelihatan terlantar di kerusi dalam keadaan kesakitan. Beliau kemudian meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 
Difahamkan empat suspek utama kes pembunuhan Kim Jong-Nam telah melarikan diri keluar negara pada hari kejadian. – The Reporter


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2laWLaY

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.