Hi! Welcome Back and Stay Tune! 4 Kategori Ini Adalah Tindakan Ibu Bapa Apabila Berhadapan Dengan Anak Yang Bermasalah, Adakah Anda Salah Satu Daripadanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

4 Kategori Ini Adalah Tindakan Ibu Bapa Apabila Berhadapan Dengan Anak Yang Bermasalah, Adakah Anda Salah Satu Daripadanya

Membesarkan anak adalah tugas bersama ibu dan bapa, juga menerusi bantuan daripada sekolah, guru, rakan, dan persekitaran. Jadi tugas ini bukanlah satu tugasan yang perlu dipandang enteng.

Untuk ibu bapa pula, kita seharusnya menjadi tauladan buat anak-anak, tunjukkan nilai, perilaku, juga emosi yang baik kepada anak-anak, kerana mereka juga belajar melalui apa yang mereka lihat.

Tapi, jika anak-anak buat perangai, atau menghadapi masalah, tindakan yang sebagaimanakah yang ditunjukkan oleh ibu bapa? Menurut perkongsian dari laman Parent Connect, terdapat 4 kategori ibu bapa apabila berhadapan dengan anak yang bermasalah, apakah ia?

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

KBAT* BUKANNYA SEBAT


Setiap tingkah laku anak adalah satu bentuk komunikasi yang tidak atau tidak dapat diluahkan dengan perkataan oleh anak.


Bila anak buat perangai, tidak kiralah anak kecil atau remaja, mereka ingin memberitahu bahawa mereka ada masalah.

Masalah anak kecil mungkin mengantuk, lapar, tidak selesa, letih, kecewa dan sebagainya.
Masalah anak remaja mungkin berkaitan dengan kawan, homework, sekolah, persekitaran, keyakinan diri dan sebagainya.

ANAK ANAK INI ADA MASALAH


Ada 4 kategori ibubapa apabila berhadapan dengan anak yang ada masalah ini.

1) Ibu Bapa Yang Menghukum Apabila Anak Ada Masalah 


Ibubapa ini hanyalah ingin mendiamkan anak dan menghentikan perbuatan anak sedangkan masalah anak tidak juga selesai.


Anak tidak belajar skil penyelesaian masalah. Apa yang anak pelajari?
Anak belajar untuk tidak percaya kepada ibubapa – dia mencari sesiapa saja yang faham dan dapat membantu. Dalam dunia digital sekarang ini, ramai syaitan bertopeng manusia yang online. Bagi remaja, dia keluar mencari kawan yang faham.

Anak juga belajar bahawa masalah dan konflik mesti diselesaikan dengan keganasan.

2) Ibu Bapa Yang Melihat Anak Ini Sebagai Masalah 


Ibubapa ini selalunya merasa kecewa dan marah dengan anak dan juga diri sendiri. Mereka akan bertindak seperti ibubapa yang pertama tadi dan kesannya kepada anak-anak juga sama seperti yang pertama tersebut.


Masalah yang dihadapi oleh anak tidak diselesaikan. Apa yang anak pelajari?
Dirinya hanya menyusahkan ibubapa dan dia tiada nilai dalam keluarga.

3) Ibu Bapa Yang Selesaikan Masalah Untuk Anak 


Ibubapa ini juga hanya mahu diamkan anak dan menghentikan perbuatan anak. 

Ibubapa ini selalunya merasuah (bribe) anak dengan apa saja asalkan anak tidak buat perangai.

Contohnya: “OK OK mama belikan aiskrim, jangan kacau. ” / “Nah gajet, jangan bising-bising dah.”

Sedangkan masalah anak tiada kena mengena dengan aiskrim ataupun gajet pun.
Masalah anak tidak juga selesai dan anak tidak belajar untuk menyelesaikan masalah. Apa yang anak pelajari? 

Apabila buat perangai, dia dapat ‘reward’. ‘Best’nya!.

4) Ibu Bapa Yang Bantu Anak Selesaikan Masalah


Ibubapa ini akan cuba lihat dan dengar apa keperluan anak yang tidak mencukupi dan apakah masalah yang menyebabkan anak buat perangai. Tidak cukup makankah? Letihkah? Kena bulikah? Kecewa dengan subjek matematik kah? Ibubapa sibuk sangatkah?

Ibubapa akan marah dan fokus pada PERBUATAN anak.
Contohnya: Jika anak berbohong, kenapa dia berbohong? Takut kena marahkah? Hendak lindungi kawan baik kah? Supaya dia dapat apa yang dia mahukah? Supaya ibubapa tumpu perhatian kepada dia dan bukan adik sahajakah?

Apabila faham masalah yang dihadapi, ibubapa ini juga cuba selami perasaan anak kerana anak pun manusia yang ada perasaan.

Ini akan disusuli dengan slot penyelesaian masalah. 


Apa yang sepatutnya dilakukan dalam situasi begini? Jika berlaku lagi apa yang harus dibuat?
Apakah kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat (ini sesuai untuk 10 tahun ke atas, bukan anak 4 tahun).

Idea datangnya daripada anak, dengan bimbingan ibubapa.

Setiap masalah yang anak hadapi adalah peluang untuk ibubapa dan juga guru untuk mendekati anak dan bantu anak dengan teknik penyelesaian masalah. 

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mzcSQb

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.