Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berahino Dakwa Dikhianati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berahino Dakwa Dikhianati

Saido Berahino

LONDON: Penyerang Stoke City, Saido Berahino menegaskan dia tidak bersalah dan tidak mengambil dadah dengan mendakwa seseorang memasukkan sesuatu ke dalam minumannya sehingga membawa kepada hukuman penggantungan lapan minggu pada awal musim ini.

Pemain berusia 23 tahun itu – yang berhijrah ke Stoke dari musuh tetangga West Brom pada Januari lalu – mendakwa insiden itu berlaku sewaktu dia pergi ke kelab malam.

“Sukar untuk diterima apabila anda dikenakan hukuman penggantungan akibat perkara yang tidak anda lakukan,” kata bekas penyerang Bawah-21 England itu kepada BBC.

Tambahnya, tahap kandungan bahan larangan dalam badannya juga amat rendah, sekali gus membuktikan dia hanya menjadi mangsa keadaan.

“Anda pergi ke kelab malam, anda tidak tahu siapa di sekeliling dan ada orang yang sengaja mahu membunuh karier saya.

“Sudah tentu, saya berada di kelab malam, jadi saya mengaku di atas sikap kurang bertanggungjawab itu.

“Sejak itu karier saya sedikit terjejas. Malah sehingga kini saya masih tertanya-tanya siapa yang mahu memusnahkan karier saya.”

Sejak dari itu, Berahino yang mencuri tumpuan pada kempen 2014-15 apabila muncul selaku penjaring terbanyak West Brom dengan 20 gol dalam semua pertandingan, tidak pernah beraksi buat bekas kelabnya. – AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nFjmh9

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.