Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chong Wei, Kamu Buat Semua Rakyat Malaysia Berbangga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chong Wei, Kamu Buat Semua Rakyat Malaysia Berbangga

Spread the love

KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei telah membuatkan semua rakyat Malaysia berbangga dengannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Datuk Lee Chong Wei kamu buat semua rakyat Malaysia berbangga dengan kamu! Persembahan kemahiran hebat n semangat berjuang,” kata perdana menteri dalam akaun Twitter beliau.

Beliau mengulas kejayaan Chong Wei yang memenangi buat kali keempat kejuaraan perseorangan lelaki kejohanan All England dengan mengalahkan pemain China, Shi Yuqi dalam perlawanan akhir di Arena Barclaycard, Birmingham, England malam tadi.

Chong Wei yang memenangi pingat perak di Olimpik Rio menang 21-12, 21-10 dalam masa 45 minit.

Sementara itu Najib berkata pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tidak perlu merasa kecewa setelah gagal melepasi halangan akhir apabila kalah 21-18, 19-21, 16-21 kepada pasangan China, Lu Kai/Huang Yaqiong.

“Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tidak perlu kecewa dengan pingat perak, permainan baik tadi. Kita akan terus beri sokongan! #AllEngland,” tambah beliau.

Peng Soon/Liu Ying menang set pertama 21-18 dan sedang mendahului di set kedua 17-16, namun terganggu dengan keputusan pengadil sehingga menjejaskan rentak permainan mereka dan hilang konsentrasi. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mAmokF

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.