Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dendam Peng Soon-Liu Ying Terbalas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dendam Peng Soon-Liu Ying Terbalas

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berjaya membalas dendam ke atas pasangan China, Zhang Nan-Li Yinhui apabila mara ke suku akhir Seluruh England, awal pagi tadi.

Peng Soon-Liu Ying yang tewas di tangan lawan berkenaan di suku akhir Terbuka Jerman, minggu lalu memastikan kegagalan itu tidak berulang apabila menang 9-21, 23-21, 21-17 dalam aksi pusingan kedua di Arena Barclaycard, Birmingham.

Ia adalah kemenangan pertama Peng Soon-Liu Ying ke atas Zhang Nan-Yinhui dalam empat pertemuan.

Mereka akan bertemu beregu China, Wang Yilyu-Huang Dongping bagi memburu slot ke separuh akhir, tengah malam ini.

Sementara itu, beregu nombor satu dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut layak ke suku akhir selepas mengetepikan cabaran pasangan China, Liu Xiaolong-Xu Chen 21-12, 21-16.

Pilihan pertama kejohanan itu akan bertemu satu lagi pasangan China, Li Junhui-Liu Yuchen untuk aksi suku akhir, malam ini.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila tersingkir di pusingan kedua selepas tewas di tangan lawan masing-masing.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mp44Lb

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.