Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Memperkenalkan Family Link – Memudahkan Mengawal Dan Urus Peranti Android Milik Anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Memperkenalkan Family Link – Memudahkan Mengawal Dan Urus Peranti Android Milik Anak

Perkembangan teknologi pada hari ini membuatkan ramai ibu bapa memberikan anak mereka telefon pintar atau tablet – sekaligus membuatkan mereka terdedah kepada beberapa perkara positif, selain tidak kurangnya negatif seperti pembaziran masa dan sebagainya.

Kini, dalam usaha mengawal dan menguruskan peranti yang dimiliki anak-anak – terutamanya dibawah 13 tahun, Google hari ini memperkenalkan sebuah aplikasi baru yang dinamakan Family Link.

Google Family Link

Melalui aplikasi berkenaan, ibu bapa boleh mengawal penggunaan peranti anak-anak mereka dengan lebih mudah, termasuk mengunci peranti anak mereka dan menyuruh anak melakukan perkara seperti mengulang-kaji pelajaran dan sebagainya.

Ibu bapa juga boleh mengelakkan anak mereka daripada mengakses sesuatu aplikasi, selain melihat jumlah masa yang dihabiskan oleh anak mereka pada sesuatu aplikasi.

Disamping itu, fungsi “Bedtime” boleh diaktifkan bagi mengelakkan peranti digunakan pada sesuatu tempoh masa – sebagai contoh dari 9 malam ke 7 pagi ke esokkan harinya.

Aplikasi Family Link ini ditawarkan dalam bentuk jemputan terhad, serta khusus untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Mungkin kita akan melihat Google memperluaskan penggunaan ke seluruh dunia, selain pada masa yang sama membawa kepada lebih banyak peranti Android dibeli untuk anak-anak.

Layari : Google Family Link

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mJVzu2



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.