Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kereta Rempuh Lori, Kanak-Kanak Lelaki Maut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kereta Rempuh Lori, Kanak-Kanak Lelaki Maut

Spread the love

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas kenderaan SUV yang dipandu bapanya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di KM 13 Jalan Lahad Datu-Sandakan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah ACP Hamzah Ahmad berkata dalam kejadian pada 9.50 malam itu, Mohammad Zuhayr Zac Mohammad Azri, 2, maut di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang kenderaan sama, dipercayai datuk mangsa, berumur 61 tahun, cedera parah.

“Siasatan awal, mendapati kenderaan jenis Toyota Vigo itu dan lori tersebut dalam perjalanan sama dari Sandakan menghala ke Lahad Datu sebelum ia hilang kawalan selepas merempuh belakang lori berkenaan ketika cuba memotongnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, akibat rempuhan itu lori berkenaan berpusing dan terbalik masuk ke dalam parit sebelah kiri jalan manakala SUV yang membawa enam penumpang termasuk pemandu, berpusing di atas jalan raya.

Hamzah berkata pemandu lori dan empat orang lagi di dalam SUV itu cedera ringan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mK4COM

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.