Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat Lelaki 30-an Ditemui Di Dalam Longkang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat Lelaki 30-an Ditemui Di Dalam Longkang

Spread the love

SUNGAI PETANI – Mayat seorang lelaki berusia 30-an yang lengkap berpakaian jeans berwarna biru dan baju kemeja, ditemui di dalam longkang di Taman Kempas di sini kira-kira pukul 10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu di lokasi lain sebelum dicampakkan ke dalam longkang di taman terbabit.

“Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati tiada sebarang kesan tikaman atau luka bahkan tiada sebarang kad pengenalan diri ditemui pada mangsa.

“Bagaimanapun terdapat tatu berbentuk ular, matahari, tulisan A dan J serta bentuk hati pada beberapa anggota badan mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Md Zukir berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk dibedah siasat.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat esok,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mF1hNP

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.