Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSI Memperkenalkan Siri Edisi Terhad Camo Squad – Berdasarkan Permainan Video Ghost Recon : Wildlands - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSI Memperkenalkan Siri Edisi Terhad Camo Squad – Berdasarkan Permainan Video Ghost Recon : Wildlands

Barangan edisi terhad bukanlah sesuatu yang baru di arena permainan video. Bahkan konsol permainan video kerap menerima edisi khas dengan rekaan khusus seperti PlayStation4 edisi MGS V . Terkini MSI bakal memperkenalkan produk siri edisi terhad Camo Squad yang diilhamkan oleh permainan video Ghost Recon: Wildlands.

Produk siri Camo Squad ini termasuklah beberapa model komputer riba, kad grafik dan juga papan induk. Kesemua produk-produk ini akan hadir dengan rekaan celoreng desert camo yang pada hemat kami kelihatan sedikit seperti leopard print dari jauh.

Bukan itu sahaja, mereka yang membeli produk-produk Camo Squad yang terpilih (kami jangkakan komputer riba dan kad grafik) akan juga menerima satu salinan permainan video Ghost Recon: Wildlands secara percuma.

MSI turut akan memberikan hadiah eksklusif seperti beg galas, botol air, pelapik tetikus, dog tag, dan juga pengawal permainan jenama Steel Series.

Menurut MSI, kempen Camo Squad ini berlangsung dari 7 Mac sehingga 30 Jun tahun ini. Buat masa ini, kami masih belum pasti sama ada kempen ini akan ditawarkan di pasaran tempatan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nl6jhw



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.