Hi! Welcome Back and Stay Tune! Murray, Tsonga Singkir Awal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Murray, Tsonga Singkir Awal

Andy Murray

INDIAN WELLS: Pemain nombor satu dunia, Andy Murray ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan kedua, selepas tewas mengejut kepada pemain Kanada, Vasek Pospisil 6-4 7-6(5) di Terbuka BNP Paribas, sebentar tadi.

Sebelum itu, pemain Itali, Fabi Fognini turut mencipta kejutan dalam aksi membabitkan dua ‘bakal bapa’ apabila mengetepikan Jo-Wilfried Tsonga 7-6 (4) 3-6 6-4.

Pemain bukan pilihan ini terselamat pada penentuan di set pertama sebelum melakukan kejutan ke atas Tsonga, pilihan ketujuh dari Perancis di set ketiga dalam perlawanan yang berlangsung dua jam, 30 minit.

Isteri Fognini yang juga juara Terbuka Amerika Syarikat 2015, Flavia Pennetta dijangka melahirkan anak mereka pada penghujung Mei ini manakala Tsonga juga bakal bergelar bapa bulan depan.

Dalam satu lagi kejutan, pemain Jepun di ranking 70 dunia, Yoshihito Nishioka menewaskan pemain Croatia, Ivo Karlovic 6-4 6-3.

Tsonga

Pemain pilihan Dominic Thiem, David Goffin dan Tomas Berdych memenangi perlawanan masing-masing untuk layak ke pusingan seterusnya. – Reuters.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mxVcCZ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.