Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nahas Pesawat Beechcraft Bukan Masalah Teknikal – Timbalan Menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nahas Pesawat Beechcraft Bukan Masalah Teknikal – Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang masalah teknikal pada pesawat jenis Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara TUDM Butterworth, Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata hasil laporan lembaga siasatan mendapati kemalangan itu bukan berpunca daripada masalah teknikal.

“Ekoran kejadian itu pihak TUDM telah menghantar seorang jurulatih penguji TUDM ke pusat simulasi di Texas, Amerika Syarikat untuk buat penilaian mengenai nahas tersebut.

“Hasil daripada penilaian itu mendapati tiada sebarang masalah teknikal dan ini membolehkan pesawat Beechcraft 200T kembali beroperasi,” katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Johari menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) yang mahu tahu hasil laporan siasatan tragedi nahas pesawat Beechcraft yang terhempas di Butterworth Pulau Pinang hujung tahun lalu.

Nahas pada 21 Dis itu mengorbankan seorang juruterbang dan tiga yang lain cedera parah.

Susulan kejadian itu, tiga lagi pesawat Beechcraft B-200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Subang, tidak dibenarkan beroperasi buat sementara waktu untuk membantu siasatan punca nahas berkenaan.

Memberi penjelasan lanjut, Johari berkata hasil laporan lembaga siasatan mendapati kemalangan itu berlaku semasa pembantu juruterbang pelatih melakukan penerbangan ‘Asymmetric Circuit’ iaitu simulasi satu enjin tidak berfungsi.

Katanya ia merupakan latihan yang perlu dilalui oleh semua juruterbang TUDM semasa menjalani latihan peralihan pesawat.

“Kemalangan ini diklasifikasikan sebagai ‘training hazard’,” katanya.

Johari berkata pihak TUDM sentiasa menitikberatkan piawaian yang tinggi dalam semua aspek latihan dan operasi serta memastikan semua pesawat diselenggara dengan baik.

“Usia pesawat tidak penting, yang penting ialah penyelenggaraan, sebagai contoh pesawat Nuri masih lagi digunakan sehingga kini,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nuNE41

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.