Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netflix Bakal Menyunting Siri TV Dan Filem Asal Mereka Untuk Peranti Mudah-Alih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netflix Bakal Menyunting Siri TV Dan Filem Asal Mereka Untuk Peranti Mudah-Alih

Di acara kerjasama antara Netflix dan Dolby Laboratories yang sedang berlangsung di San Francisco, syarikat penstriman video tersebut telah berkongsi maklumat baru tentang strategi mereka untuk mendominasi arena peranti mudah alih.

Tidak cukup dengan pelan Netflix untuk mengurangkan jumlah penggunaan data yang diperlukan untuk menstrim video mereka dan sokongan fungsi HDR dalam masa yang terdekat ini, syarikat tersebut juga menyatakan mereka akan menyunting semula siri TV dan filem khas untuk tontonan pada peranti mudah alih

Menurut Ketua Pegawai Produk Netflix Neil Hunt, banyak adegan-adegan siri Netflix ini hilang faktor impaknya apabila ditonton menerusi skrin kecil. Bagi memperbetulkan isu ini, Netflix bakal menyunting adegan-adegan tersebut khas untuk peranti mudah-alih. Ini dilakukan dengan menggunakan babak dan sudut alternatif untuk filem serta siri TV yang sama. Versi alternatif untuk peranti mudah alih ini hanya akan dilakukan pada kandungan yang dihasilkan oleh Netflix di bawah kategori Netflix Originals.

Memandangkan Netflix Originals ini dihasilkan oleh mereka, tidak menjadi masalah untuk menyuntingnya semula . Buat masa ini, Netflix masih belum memulakan pelan ini lagi kerana masih lagi sedang menyelidik cara yang paling baik untuk melakukan suntingan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvocJP



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.