Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemuda UMNO Tingkat Usaha Tambah Pengundi Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemuda UMNO Tingkat Usaha Tambah Pengundi Baharu

LUMUT: Pemuda UMNO sedang dalam proses menambat hati lebih 80,000 pengundi baharu, kata Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun.

Selain mendaftarkan sebagai pengundi, Pemuda UMNO juga turut memberi memberi kesedaran kepada pengundi baharu ini tentang kelebihan yang ada pada Barisan Nasional (BN).

“Di Perak setakat suku tahun kedua 2016, kita ada 80,000 pengundi baharu yang merupakan pertama kali akan mengundi dan kita percaya dengan gerak kerja Pemuda BN yang kita rangkakan lebih 80 peratus akan berjaya dipikat.

“Sekarang ini kita di peringkat mengenal pasti mereka-mereka ini dahulu dan peringkat seterusnya ialah peringkat “penukaran” (conversion) mereka ke BN,  kita sedang mengusahakan kesemua perkara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Retreat Pemuda BN Perak di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan lebih 40,000 ahli Pemuda UMNO masih lagi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai pengundi walaupun telah layak.

Ujar Khairul Azwan, kesemua ahli-ahli tersebut telah dikenal pasti dan pihaknya sedang berusaha mendaftarkan mereka semua sebelum Pilihan Raya Umum  Ke-14 (PRU14) akan datang.

“Sebenarnya jumlah sebelum ini mereka yang tak berdaftar ialah lebih 100,000 tapi kita telah berjaya dikurangkan sehingga 40,000.

“Kita telah kenal pasti ahli-ahli kita yang belum berdaftar termasuk juga ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional yang lain, kita akan dekati mereka dan bantu mereka daftar secepat mungkin,” katannya lagi. 

Sementara itu dalam isu berlainan, Khairul Azwan mendakwa masa depan negara akan berada dalam keadaan merbahaya sekiranya pihak pembangkang memenangi PRU14 akan datang.

Beliau menjelaskan ini kerana, Malaysia akan mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikawal oleh Timbalan Perdana Menterinya iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Kita semua tahu dia (Kit Siang) sebenarnya akan menjadi Timbalan Perdana Menteri  dan dia juga akan menentukan siapa akan menjadi Perdana Menteri.

“Ini bermaksud dia (Kit Siang) akan menjadi Perdana Menteri De Facto sebenar, sekiranya ini betul terjadi negara akan rosak kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak berfungsi dan dikawal oleh timbalannya,” dakwa beliau.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2meRfSJ

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.