Hi! Welcome Back and Stay Tune! Presiden Brazil Tinggalkan Kediaman Rasmi Kerana 'hantu' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Presiden Brazil Tinggalkan Kediaman Rasmi Kerana 'hantu'

PRESIDEN Brazil, Michel Temer, menyalahkan kuasa ghaib sebagai punca mengapa beliau dan keluarga terpaksa berpindah rumah.

Awal minggu ini, rakyat Brazil dikejutkan dengan berita perpindahan Temer dari kediaman rasmi presiden di Brasilia, ke kediaman yang lebih kecil, yang merupakan kediaman naib presiden.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar Brazil, Temer menjelaskan beliau terpaksa mengambil tindakan itu kerana sering dihantui rasa pelik dan tidak selesa sepanjang mendiami rumah mewah itu.

“Kami tidak boleh tidur pada malam pertama di rumah itu. Kami tidak selesa, ada aura yang tidak baik di situ,” kata Temer.

Satu lagi laporan yang dipetik dari akhbar Globo pula menyatakan, isteri Temer, Marcela, telah membawa seorang paderi untuk ‘menyucikan’ rumah itu, namun tidak berhasil.

Kediaman yang dikenali sebagai Alvorada Palace itu memiliki kolam renang sendiri, padang bola sepak, gereja dan pusat kesihatan.

Perpindahan itu sebelum ini menimbulkan banyak spekulasi, apatah lagi ia terjadi tatkala ramai sekutu Temer dikaitkan dengan pelbagai skandal dan isu rasuah.

Temer memulakan tugas sebagai Presiden Brazil pada Ogos 2016.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2meOMb0

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.