Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razip Letak Jawatan Kendali Perlis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razip Letak Jawatan Kendali Perlis

RAZIP Ismail. – Foto Azhar Ramli

KUANTAN: Razip Ismail mengumumkan peletakan jawatan selaku ketua jurulatih Perlis berikutan kekalahan besar 0-5 kepada Kuantan FA di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Bekas pemain kebangsaan yang mengambil alih tugas Dollah Salleh Disember lalu membuat keputusan berkenaan selepas skuad kendaliannya gagal menunjukkan peningkatan dan terus kehilangan mata dalam saingan musim ini.

“Segala-galanya tidak menjadi malam ini (malam tadi)… saya sudah lakukan segala percaturan bagi memastikan Perlis boleh memberi saingan ketika aksi menentang tuan rumah, namun masih buntu meraih mata.

“Keputusan ini amat mengecewakan, …bolos lima gol adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan saya sudah memaklumkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berhubung peletakan jawatan selaku jurulatih Perlis,” katanya.

Pada perlawanan malam tadi, Razip yang membimbing Pahang musim lalu, gagal mengekang asakan bertali arus Kuantan FA yang menyaksikan skuad itu dibolosi lima kali.

Lima gol itu sudah cukup untuk Razip melepaskan jawatan selepas turut didesak penyokong Singa Utara itu selepas gagal mencatat kemenangan termasuk diberi amaran oleh PFA.

Statistik lapan perlawanan menyaksikan Perlis merekodkan kekalahan keenam tanpa sebarang kemenangan dicatatkan, malah kekal di tangga tercorot apabila sekadar mengutip dua mata.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mnP4iO

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.