Hi! Welcome Back and Stay Tune! Restoran Line Clear Nasi Kandar di Pulau Pinang diarah tutup kerana najis tikus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Restoran Line Clear Nasi Kandar di Pulau Pinang diarah tutup kerana najis tikus

GEORGE TOWN – Kedai nasi kandar popular di Pulau Pinang, Line Clear telah diarah tutup selama dua minggu selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di bahagian dapur. Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan arahan itu selepas beberapa pegawainya membuat pemeriksaan bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di tiga buah kedai makan di Penang Road pada Isnin.

Selain Line Clear, restoran Yasmeen yang terletak di sebelahnya juga telah diarah tutup buat sementara waktu. Tiada tindakan diambil ke atas kedai makan ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan MBPP Ong Ah Teong berkata restoran telah diarah tutup selama dua minggu bermula pukul 8 malam Isnin.

“Kami beri mereka lanjutan masa selepas mereka membuat permohonan,” kata Ah Teong.

Beliau berkata, bangkai tikus telah ditemui di salah sebuah premis manakala kedua-dua restoran didapati mempunyai najis tikus, lipas dan tandas yang kotor.

Ini adalah kali pertama sepanjang operasi Line Clear selama 70 tahun dikeluarkan perintah sedemikian. – mstar

The post Restoran Line Clear Nasi Kandar di Pulau Pinang diarah tutup kerana najis tikus appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mifI8S

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.