Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sape Dari Itali (TV2) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sape Dari Itali (TV2)

Sape Dari Itali

Drama bersiri Sape Dari Itali yang akan mula ditayangkan pada 23 Mac ini di TV2. Diterajui oleh Nadia Brian, Syafie Naswip, dan Beego. Sebah drama terbitan Bright Network Sdn Bhd arahan Hazali Haji Ramli. Disiarkan setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 9 malam meneresi slot Selekta Prima saluran TV2. 

JUDUL : SAPE DARI ITALI

EPISOD : 26 episod 

TARIKH TAYANGAN : 23 Mac 2017

HARI / MASA : Selasa-Khamis, 9 Malam

SIARAN : Slot Selekta Prima TV2

PENGARAH : Hazali Haji Ramli 

TERBITAN : Bright Network Sdn Bhd

PELAKON : Syafie Naswip, Nadia Brian, Beego, Geoff Andre Feyaerts, Shakilla Khoriri, Sherie Merlis, Mahmud Ali Bashah, Liza Zain, Zarynn Minn, Puteri Adrianna, Ain Zahalan

WATAK PELAKON 

Syafie Naswip sebagai Zamani

Nadia Brian sebagai Lisandra

Beego sebagai Haris

Geoff sebagai Alexandro

SINOPSIS SAPE DARI ITALI

Mengisahkan perjalanan watak gadis dari Itali, Lisandra sedang menyiapkan tesis PhD mengenai ‘Pencemaran Air.’ Ibunya, wanita Itali yang telah berkahwin dengan lelaki dari Malaysia tetapi telah terpisah selama 27 tahun. Sebelum meninggal dunia ibunya meminta Lisandra mencari bapanya di Sarawak, Malaysia. Lisandra akur kehendak ibunya dan datang ke Malaysia. Namun dia tidak keseorangan apabila bekas kekasihnya Alexandro menyusulnya dengan alasan mahu memujuk Lisandra kembali kepadanya. Ternyata Alexandro kembali mengulangi kesalahannya curang dengan gadis lain dan akhirnya pulang ke Itali bila ditolak oleh Lisandra.

Sementara itu Zamani tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Zamani amat menyayangi ibunya tetapi tidak suka kepada bapa tirinya yang seringkali mendera ibunya. Bapa tiri Zamani adalah seorang pengedar dadah dan juga seringkali diupah untuk membuang bahan toksik kilang ke dalam sungai. Zamani bersahabat dengan Haris. Haris adalah seorang lelaki yang pandai ‘mengayat’ wanita. Lisandra pula sewaktu berada di chalet seringkali teringatkan ibunya terutama ketika beliau bermain Sape yang diberikan ibunya kepada dia.

Dalam usaha menyiapkan tesisnya, Lisandra telah terlibat dalam menyelesaikan masalah pembuangan bahan kimia bertoksik di sungai di Pantai Timur. Dia bertemu dengan Zamani dan mula berkawan. Hubungan itu juga disenangi oleh ibu Zamani, Haiza. Zamani membawa Lisandra yang ingin membeli batik ke butik Saharul. Saharul terpegun memandang wajah Lisandra yang mirip wajah isterinya dulu.

GAMBAR PELAKON

Pelakon Sape Dari Itali
Pelakon drama Sape Dari Itali
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvxUvV

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.