Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tarpishchev Pertahan Hajat Sharapova - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tarpishchev Pertahan Hajat Sharapova

MOSCOW: Supremo tenis Russia, Shamil Tarpishchev mengecam pemain yang menentang harapan Maria Sharapova bagi mendapatkan tiket wild card di Terbuka Perancis selain menyifatkan bekas pemain nombor satu dunia itu sebagai ‘tidak bersalah dan seorang profesional sejati’.

Sharapova dijadual membuat kemunculan semula dalam sukan itu di Stuttgart pada 26 April ini – tarikh penggantungan 15 bulan susulan isu doping yang dihadapinya berakhir.

Namun, juara lima kali Grand Slam itu memerlukan tiket wild card daripada penganjur kejohanan di Roland Garros apabila ranking dunianya dipadam ekoran penggantungannya selepas didapati positif meldonium di Terbuka Australia 2016.

Pemain nombor lapan dunia dari Perancis, Jo-Wilfried Tsonga berkata, dia tidak bersetuju andai Sharapova menerima jemputan di Paris.

“Saya tidak akan melakukannya. Ia seperti kamu memberikan gula-gula kepada seorang budak yang melakukan perkara jahat, dan budak itu akan melakukannya semula. Ia memberi mesej salah,” katanya.

Namun Tarpishchev memberitahu Tsonga untuk menyimpan pandangannya itu dengan berkata:

“Ia bukan satu tindakan bijak daripadanya (Tsonga) untuk memberi komen terhadap situasi Sharapova.

“Sharapova tidak mempunyai hubung kait dengan doping atau apapun. Lagipun sudah dibuktikan yang meldonium bukan doping, ia ubatan yang dilarang.

“Sharapova adalah atlet yang tidak bersalah, seorang profesional sejati. Kita semua mahu dirinya berada di tahap prestasi sebenarnya dengan secepat mungkin, untuk kembali ke kancah sukan elit ini.” – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mNgIGr

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.