Hi! Welcome Back and Stay Tune! UiTM Akur Kekuatan JDT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UiTM Akur Kekuatan JDT

PEMAIN JDT Gabriel Miguel Guerra (dua, kiri) menghalang bola dari dirampas oleh pemain UiTM FC Muhd Afif Asyraf Mohd Zabawi (kiri) dalam perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos malam tadi. – Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Kegagalan menyudahkan peluang terhidang menjadi punca UiTM FC tewas 0-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Pengendali UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail, berkata pemainnya sudah memberi persembahan terbaik, namun tiga peluang yang sepatutnya diterjemahkan kepada jaringan gagal menjadi kenyataan akibat kegopohan barisan penyerang skuad The Lion Troops.

“Pada awal permainan pemain saya memiliki sekurang-kurangnya tiga peluang keemasan untuk menjaringkan gol dan dua daripada peluang itu apabila hanya berdepan penjaga gol JDT.

“Tapi mereka terlalu gopoh dan terlepas peluang yang terbaik. Kita tidak menggunakan sepenuh peluang itu dan pasukan JDT bertindak untuk menghukum kami.

“Saya lihat itu kelemahan ketara pemain UiTM FC yang seolah-olah tidak mahu mencipta jaringan namun tetap memuji kesungguhan mereka yang cuba memberi tentangan sengit kepada JDT,” katanya.

Wan Mustaffa juga tidak menafikan faktor keletihan juga menjejaskan rentak permainan selepas terpaksa mengharungi 10 perlawanan yang padat dalam tempoh 30 hari.

Malah, katanya, mereka cuba beraksi bagi mengimbangi kekuatan skuad Harimau Selatan tapi tidak mampu menyekat penguasaan ketara skuad kendalian Benjamin Mora yang kerap memberi tekanan di posisi tengah, sayap kiri dan kanan.

Beliau juga tidak kecewa selepas gagal meneruskan langkah ke saingan suku akhir sebaliknya menganggap aksi menentang kelab yang ternama seperti JDT beri ruang kepada pemainnya untuk belajar tatkala skuad itu dibarisi mahasiswa dapat menimba pengalaman berguna.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lPGwBY

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.