Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) Telekom Malaysia Dan Axiata Group Mungkin Bergabung Menjadi Satu Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) Telekom Malaysia Dan Axiata Group Mungkin Bergabung Menjadi Satu Syarikat

Telekom Malaysia merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, dan kini hadir desas-desus mengatakan ia mungkin bergabung bersama Axiata Group Bhd dalam membentuk syarikat yang kukuh dan menawarkan pelbagai perkhidmatan secara menyeluruh.

Untuk makluman, Axiata Group adalah syarikat disebalik Celcom, dan beberapa syarikat lain. Celcom merupakan antara syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, dan ia menyumbang kepada majoriti besar pendapatan Axiata Group.

Sekiranya kedua-dua gergasi telekomunikasi ini bersatu, ia akan membolehkan mereka membentuk syarikat telekomunikasi yang sangat kukuh dan besar di Malaysia. Selain daripada itu, ia juga akan memberikan akses kepada pelbagai negara membangun yang lain dimana Axiata berfungsi.

Desas-desus ini juga hadir selari dengan beberapa laporan mengatakan Datuk Seri Shazalli Ramly yang sebelum ini mengetuai Celcom Axiata Bhd mungkin menjadi CEO untuk Telekom Malaysia.

Telekom Malaysia sendiri sebelum ini telah bekerjasama dengan pihak Celcom untuk mengukuhkan liputan untuk Webe. Ia masih menjadi tanda tanya, apakah akan berlaku kepada Webe sekiranya penyatuan TM dan Axiata ini berlaku – memandangkan semestinya Celcom akan kekal seperti biasa, sementara Webe akan dilihat sebagai pesaing dengan penawaran yang lebih kurang sama pada syarikat sama.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah perancangan pihak TM dan Axiata – sekiranya laporan ini benar. Untuk makluman, sebelum ini pihak TheStar juga menjadi yang terawal melaporkan mengenai pengambil-alihan P1 oleh Telekom Malaysia.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nC31L2



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.