Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cadangan Tindakan Pada Admin WhatsApp Pastikan Mereka Lebih Bertanggungjawab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cadangan Tindakan Pada Admin WhatsApp Pastikan Mereka Lebih Bertanggungjawab




PUTRAJAYA : Cadangan mengenakan tindakan undang-undang terhadap pentadbir kumpulan WhatsApp bertujuan memastikan mereka lebih bertanggungjawab mengawal aktiviti anggota kumpulan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Mempertahankan kenyataannya seperti yang dilaporkan mengenai cadangan itu, Jailani bagaimanapun berkata ia bergantung kepada kebenaran Peguam Negara sama ada tindakan undang-undang wajar dikenakan terhadap pentadbir kumpulan yang gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan anggota masing-masing.

"Pentadbir yang bertanggungjawab tentunya akan menapis dan tidak menyebarkan berita palsu secara melulu demi rasa bangga dan megah yang tidak mendatangkan sebarang faedah atau kebaikan," katanya.

Beliau berkata kesalahan di media sosial atau berkaitan internet bukan hanya terletak di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sahaja tetapi turut melibatkan undang-undang di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan Kanun Keseksaan.

"Pada saya begini, kenapa perlu takut, kalau dia (sesiapa) buat dia kena. Kita tahu internet ini di hujung jari tetapi kita perlulah bertanggungjawab dengan apa yang disebarkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Penghantaran E-Dagang dan Anugerah Industri 2017 di sini hari ini.

Mengenai keperluan mencontohi India yang memperkenalkan undang-undang pentadbir kumpulan WhatsApp boleh dihukum penjara sekiranya anggota kumpulan terbabit menyebarkan berita palsu, Jailani berkata perkara itu perlu perincian mendalam kerana keadaan adalah berbeza.

"Keadaan berbeza, Malaysia sudah mempunyai undang-undang berkaitan yang lengkap yang tetap boleh diguna pakai bagi kesalahan sebegitu," katanya.

-- BERNAMA



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qcAgCH

✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.