Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elly Mazlein Kongsi Kisah Hidup Dalam ‘Jeritan Hati’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elly Mazlein Kongsi Kisah Hidup Dalam ‘Jeritan Hati’

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein berkata, single terbaharunya berjudul ‘Jeritan Hati’  berkait rapat dengan kisah hidup yang dilaluinya.

Elly, 37, berkata, keistimewaan yang dimiliki pada single itu kerana melodi yang menyentuh hati dan lirik yang begitu dekat dengan cerita hidupnya.

“Pertama kali saya mendengar lagu ini, saya berasa sangat tersentuh kerana melodinya yang begitu menyentuh hati dan liriknya yang berkait rapat dengan kisah hidup saya selama ini.

“Saya ditawarkan sebanyak 10 buah lagu dan memilih lagu ini yang ada pada ‘track’ nombor empat ketika itu, kerana terpikat ketika mendengarnya,” ujar  Elly.

Elly Mazlein atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi yang gemar membahasakan dirinya ‘Kak Lina Pom Pom’ ditemui pada sidang media selepas melancarkan single terbaharunya di Platinum Superstar Karaoke, Setapak Sentral di sini pada Rabu.

Selain itu katanya, ‘Jeritan Hati’ merupakan hadiah darinya buat peminat selepas lebih empat tahun tidak mengeluarkn single.

Dalam pada itu Elly yang enggan dikaitkan dengan bekas suaminya iaitu Azmi Hatta berkata, dia kini lebih gembira dan tenang selain ingin memberi fokus kepada anak dan kariernya.

“Saya tidak lagi berasa sedih atas kejadian yang berlaku malahan berasa gembira kerana rezeki yang melimpah-ruah.

“Selepas keluar dari Gegar Vaganza, saya menerima beberapa tawaran. Sememangnya Gegar Vaganza telah membuka ruang yang sangat besar untuk saya kembali semula dalam industri.

“Selain itu saya juga dapat banyak peminat baharu kerana sebelum ini ramai yang tak tahu saya penyanyi. Rata-rata mereka lebih mengenali saya sebagai pelakon”, tambahnya.

Mengenai perkembangan terbaharunya Elly berkata dia kini sibuk dengan program Superkarok dan beberapa lagi persembahan  selain menerima tawaran berlakon 40 episod bagi slot Samarinda.

The post Elly Mazlein Kongsi Kisah Hidup Dalam ‘Jeritan Hati’ appeared first on Berita Viral.



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pBvvFN

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.