Hi! Welcome Back and Stay Tune! King Ikat Liverpool Di Anfield - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

King Ikat Liverpool Di Anfield

PEMAIN Liverpool, Divock Origi (tengah) berjaya mengatasi kepungan tiga pemain Bournemounth pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. – Foto Reuters

LIVERPOOL: Jaringan Josh King pada lewat permainan memastikan Bournemouth mengikat Liverpool 2-2 untuk cuba keluar daripada zon bahaya penyingkiran dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), pagi tadi.

Pada perlawanan itu, Benik Afobe meletakkan Bournemouth di depan ketika perlawanan baru berlangsung tujuh minit, namun Philippe Coutinho dan Divock Origi kembali memberi kelebihan buat skuad Jurgen Klopp hasil jaringan.

Aksi di Anfield pagi tadi menyaksikan momentum Liverpool direntap seawal minit ketujuh hasil kesilapan Georginio Wijnaldum apabila tolakan ke belakang yang dilakukannya dipintas Afobe untuk membuka jaringan buat Bournemouth.

Sebelum itu, Liverpool yang memulakan aksi dengan penuh tenaga mendapat dua peluang terbaik dalam tempoh tiga minit pertama perlawanan serta beberapa peluang lain yang dimiliki Origi.

Di awal permainan, Roberto Firmino yang menerima bola tolakan Origi melakukan rembatan pada jarak 20 kaki, tetapi percubaannya melambung tinggi melepasi palang gol.

Selepas itu, berpunca daripada sepakan sudut oleh Coutinho, Dejan Lovren melakukan tandukan ke belakang tetapi gagal disudahkan Origi yang cuma perlu menolak masuk bola ke gawang Bournemouth.

Bagaimanapun, momentum itu direntap apabila Wijnaldum melakukan kesilapan mudah dengan menghantar bola ke belakang sekali gus menyaksikan Bournemouth berjaya menjaringkan gol pertama mereka di tempat lawan.

Pemain Belanda ini gagal melihat kedudukan Afobe yang memintas bola hantarannya dan menewaskan Simon Mignolet.

Coutinho menyamakan kedudukan hasil gerakan satu dua dengan Firmino di dalam kawasan penalti lawan pada pada minit ke-40.

Wijnaldum kemudiannya menebus kesilapannya apabila melakukan hantaran lintang cantik yang mudah ditanduk masuk Origi untuk gol kedua Liverpool pada minit ke-58.

King pula bijak memanfaatkan situasi kelam kabut di depan gol Liverpool untuk menjaringkan gol penyamaan ketika saingan berbaki tiga minit. – AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2obZyCA

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.