Hi! Welcome Back and Stay Tune! La Liga: Magis Messi Bantu Barca Benam Sevilla - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

La Liga: Magis Messi Bantu Barca Benam Sevilla

LUIS Enrique berkata corak permainan pasukan kendaliannya, Barcelona, ketika separuh pertama seolah-olah aksi dalam mimpi ketika membenam Sevilla dalam pertembungan La Liga, dengan meledak tiga gol dalam tempoh lapan minit untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Real Madrid.

Persembahan memukau Lionel Messi menjadi kunci kepada aksi mantap Barca, tonggak Argentina itu melorongkan bola kepada Luis Suarez untuk jaringan pembukaan pada minit ke-25 sebelum dia sendiri mencetak dua gol lagi dalam separuh masa pertama, awal pagi tadi.

Anak buah Luis Enrique masih ketinggalan dua mata dengan Madrid yang menang 4-2 di Leganes, namun pengurus Barca itu gembira dengan corak permainan pasukannya sebelum rehat.

“Ia adalah aksi separuh pertama yang kami impikan untuk menguasai Sevilla,” ujar Luis Enrique kepada pemberita.

“Kami mempunyai penguasaan mutlak pada babak pertama, bukan sahaja dari segi gol, bahkan mengenai peluang yang dicipta juga.

“Kami merampas semula bola dengan cepat hasil daripada tekanan yang diberikan. Tidak sangsi lagi, ia adalah aksi separuh masa terbaik kami musim ini dengan mengambil kira lawan yang dihadapi dan bagaimana kami bermain.

“Separuh masa kedua berubah disebabkan oleh faktor jaringan dengan kedua-dua pasukan berpeluang untuk menyumbat gol, tetapi ia sentiasa di bawah kawalan.”

Suarez kini mengumpul 24 gol dalam kempen LaLiga musim ini diikuti Messi, dan Luis Enrique pantas memuji kualiti bintang Uruguay itu di depan gol.

“Dia tidak hanya menggunakan badan dengan baik, tetapi dia mempunyai keupayaan untuk merembat dari mana-mana sudut,” kata Luis Enrique.

“Penyudah, gerakan dan kualiti teknikal yang dimiliki menjadikan dia pemain yang memakai jersi nombor sembilan terbaik di dunia.

“Selepas melihat prestasi keseluruhan pasukan, kami mempunyai sebab untuk optimis, namun ada jurang kecil antara kemenangan dan kekalahan.

“Ia berkenaan menguruskan kekerapan pemain beraksi, tetapi dengan jadual ini, ia adalah mustahil.”

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nZHyJA

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.